aNaK MuRiD

Monday, August 8, 2016

KENTUT VAGINA

Apa itu kentut VAGINA?

IHSAN MR GOOGLE

==> Ia adalah keadaan di mana terasa seperti angin yang keluar daripada faraj terutama ketika sedang banyak bergerak, bangun dan duduk seperti ketika solat. Pada ketika ini, ramai wanita was-was sama ada angin itu keluar melalui dubur atau melalui faraj.

==> Daripada segi fisiologinya, vagina adalah tiub yang berotot dan berdinding membran sepanjang 7-9cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan faraj. Bukaan ini dikawal oleh beberapa otot kemut sama seperti otot yang mengawal bukaan dubur dan salur kencing.

==> Dalam keadaan biasa, tiub ini berada dalam keadaan tertutup dan kempis dan tidak mengeluarkan sebarang angin melainkan seorang wanita itu mempunyai masalah fistula (lubang penyambung), antara rektum (usus besar) dan vagina akibat pembedahan antara usus dan faraj. Keadaan ini menyebabkan angin dari usus besar dapat memasuki faraj.

 Otot peranakan lemah selepas bersalin

==> Bagi kebanyakan wanita yang sudah melahirkan anak, kentut vagina berlaku adalah kerana disebabkan otot-otot kemut di bahagian vagina menjadi lemah, berlakunya masalah peranakan jatuh atau juga disebabkan masalah pengawalan pundi kencing.

Cara mengurangkan angin keluar dari faraj:

  1. Berdehem (batuk kecil) sekurang-kurangnya tiga kali selepas membuang air kecil.
  2. Membasuh alat kemaluan dengan cermat dan sempurna
  3. Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain ataupun yang dapat menutupi ruang disekitar faraj dengan rapat menggunakan tuala pelekat (pantyliner) yang nipis dan bersih.
  4. Memakai seluar dalam yang kemas supaya udara tidak boleh keluar masuk sebelum berwuduk dan menunaikan solat.
  5. Ambil wuduk setiap kali ingin solat



KLIK ===> PETUA MENGATASI KENTUT VAGINA 


=======

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan produk kesihatan, boleh hubungi saya :

Ain
Sid : 1092671

Sila like page kami :





Terima kasih 😍


No comments: