tika hati mula percaya
tika jiwa mula menerima
tika hijab mula terbuka
tika akal mula tertanya
tika lidah mula menyusun kata
lalu mulut pun berkata membuka bicara
bermula nya sebuah ceritera
tentang aku kau dan dia
tentang suka dan duka
tentang cinta dan lara
kehidupan insan memadu asmara
baik dan buruknya insan bergelar manusia
mencari erti hidup yang sementara
mencari erti cinta haqiqiNYA
mohon bahagia datang menerpa
bersama insan yang telah tercipta
menghadapi hidup penuh episod propa
pelbagai pula ragamnya
sabar dan tabah mengharungi dunia
ketemu titik persinggahan yang sementara cuma
harapan kita cuma anganan sahaja
ada ketika muncul kebenaran nyata
ada ketika muncul lakonan semata
alangkah malangnya hidup tanpa tiang agama
terkontang kanting sini dan sana
tiada arah tuju hala
padaNYA sahaja aku berdoa
mohon perlindungan dari segala mara bahaya
mohon petunjuk hidup di dunia NYA
pinjaman untuk kita yang dhaif mengenal DIA
betapa kurangnya ilmu di dada
walau jauh telah di ronda
ilmu yang di perolehi kadang-kadang di persia
semakin bongkak berhadapan dengan dunia
namun,
beringatlah sentiasa
tiada yang kekal di dunia
melainkan DIA.....................................
fikrah min :~ Batrisya Aina ~
No comments:
Post a Comment