aNaK MuRiD

Saturday, May 14, 2011

BINA INSAN GURU (BIG)




salam alaikum jameeean...

asif...ana lame sangat menyepi...tak sempat nak kunjung blogger2 yang laen...

beberapa hari ini, ana memang sibuk dengan kerja yang tak pernah nak habis...

namun, apa yang paling menarik ialah,

ana menyertai 

KEM BINA INSAN GURU (BIG)

di 

KEM ALAPONG LUNDU 

untuk 4 hari 3 malam bermula RABU (11 mei 2011) yang lepas hinggalah hari ini bersamaan hari SABTU (14 MEI 2011)...
  
kem ini merupakan aktiviti WAJIB bagi guru pelatih seperti ana dan rakan2 ana yang lain...
pelbagai aktiviti lasak yang terpaksa kami tempuhi,
namun, ianya amat menyeronokkan dan sangat menguji tahap ketahanan diri kami sebagai guru pelatih...

pada mulanya, ana memang berat hati nak pergi...
tak tau lah kenapa...
mungkin jugak kerana tak nak memenatkan diri dengan aktiviti2 seperti itu...

opppsssss...padahal ana memang tak suka pi kem...
bosanlah, asyik kena kerah buat itu ini...macam kena buli jek...hik3

tetapi...
ana kuatkan hati untuk pergi...
moga2 ada hikmah tersembunyi di sebalik ketidaksenangan hati ini...hehe

perjalanan dari Institut Pendidikan Guru (IPG) mengambil masa selama 1 jam setengah untuk sampai ke destinasi...
tertidur jugaklah ana nak tunggu sampai tu, yela, pagi2 bangun awal2 nak check kot la ada barang2 yg tertinggal...
jam 6.30 pagi semua peserta sudah di wajibkan untuk berkumpul di dewan IPG...
bertolak dari IPG pada jam 7.30 a.m menggunakan 2 buah bas...


sesampainya di Kem Alapong berkenaan, kami mengeluarkan semua barang2 di bas dan mengemas tapak perkhemahan...
ini adalah pengalaman pertama ana untuk berkhemah,
selalunya berkelah, then balik umah ag,
bukannya tidur di dalam khemah, mahupun bilik hotel atau chalet...
ini khemah...wow...
new experience sebenarnya...huhuhu


pelbagai aktiviti yang di sajikan kepada peserta2 BIG...
antaranya ialah :

water confidence
membina rakit dan berakit di laut
abseiling
aktiviti kembara di hutan
kayu amanah
LDK dan pembentangan
pertandingan memasak
persembahan kumpulan dan individu
refleksi dan rumusan

terdapat juga aktiviti baru yang ana rasa menarik 
dan ana sangat enjoy untuk melakukannya :

sentri @ kawalan malam :
memang bunyi macam tak seronok, yelah, org laen tidur, kita pulak berjaga, tapi bagi ana seronok la....tengah2 sentri tu boleh pulak dok masak air la, masak maggi laaa...bagi yang sentri jam 4-6 pagi tu, terus buat sarapan....
bila pagi jer, takde lah kecoh2 nak memasak...
yela, 5.30 a.m - 6.30 a.m ade tazkirah Subuh...




solat di tepi pantai bersejadahkan pasir pantai :
tidak di nafikan inilah kali pertama ana sembahyang bersejadahkan pasir pantai...yup, inilah pengalaman pertama ana...
apa yang penting kat sini, Islam tidak menyusahkan penganutnya...
malah ia amat mudah...macam kami, kami solat dengan menggunakan pakaian yang kami pakai, kami tak bawak pun kain sembahyang...yang penting, menutup aurat...


memasak ala rimba :
ana tak pernah terfikir nak memasak kari di tepi pantai...
haaaaaa...hari tu kami masak kari, fullamakkkk...
memang sangat sedap...belum lagi ayam yang di masak dengan pucuk bandung dalam aluminium foil...n macam2 lagi la...
tapi, memang tak menyesal la...hehe



terapung di tengah lautan :
ana tak pernah terbayangkan yang ana akan terapung di tengah lautan yang dalam...
tapi kem ini menyaksikan ana dapat mengatasi ketakutan ana dengan air semasa di tengah lautan...
dengan air laut yang terdapat obor2 dan makhluk laut yang lain, ana masih mampu untuk turut serta menamatkan aktiviti berakit ini...memang seronok boleh terapung di tengah laut walaupun ada ketika tertelan air laut yang masin...eeeyarksss!!! huhu



ana paling tak dapat lupa apabila ana dan my fwen, kak yah mendapat tempat pertama semasa aktiviti berakit di laut...pergi dan balik kami merupakan orang pertama yang sampai ke destinasi...waaaaa....syiok...hehe

semasa persembahan berkumpulan, kumpulan ana mendapat tempat yang PERTAMA...
nak tau x apa persembahan yang kami buat? heeeeeeee

II
II
II
VVVV
VVV
VV
V

MEDLEY MEMORI KU DI ALAPONG

bermula di sini
ku kenali hatimu
KEM ALAPONG LUNDU
menjadi saksi bisu
bermula hari pertama
kita mendirikan khemah bersama gadjet
kepayahan mula terasa

sama-sama - mendaki gunung
sama-sama - berakit di laut
segalanya kita tempuhi bersama

sama-sama - memasak ala rimba
sama-sama - berkumpul dan berbincang
di LDK kita berkongsi idea

lagu gemilang -jacklyn victor :
kini profesion guru
semakin pasti ku genggam
BINA INSAN GURU mematangkan segalanya
jiwaku pasti bertenanga
bukanlah mimpi profesion guru yang pasti

lagu IPG :
kami bangga menjadi guru
kerjaya di hormati
tidak jemu menimba ilmu
bakti setulus hati dan budi

lagu suci dalam debu :
ku mengharapkan kejayaan menanti di hadapan
namun hakikat belum nyata kita berusaha
suatu hari nanti
pastiku kan berjaya
akan aku buktikan padamu ayah bonda
di sini kita lihat, kebenaran hakikat
impian jadi nyata kata tetap di kota
bukan khayalan tapi kenyataan
kita pasti akan berjaya
kepada TUHAN kami memohon
permudahkanlah segalanya..............



lirik ciptaan : kump. AH-HA (1)



selain dari mendapat 
JOHAN dalam pertandingan berkumpulan, kumpulan ana iaitu kumpulan 1 iaitu AH-HA juga memenangi 

ANUGERAH kumpulan yang PALING RAJIN 

dan juga 

ANUGERAH pasukan yang BERKERJASAMA...

serta kemenangan dalam acara KAYU AMANAH...

waaaaaaaaa...sungguh tak sangka, perwatakan kami yang cuma low profile mendapat penghargaan....

TERIMA KASIH CIKGU

di atas segala tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan sepanjang kami bergelar peserta BIG di KEM ALAPONG LUNDU...

last but not least...


SELAMAT HARI GURU
buat semua warga pendidik.....;)




sebagai kesimpulannya :


ana ingin sekali menyatakan penghargaan ana kepada warga pensyarah yang terlibat dengan aktiviti BIG bersama ana dan rakan2...sesungguhnya aktiviti ini amat berguna sekali kepada kami bakal2 pendidik...
ia membantu kami meningkatkan keyakinan diri untuk berdepan dengan dugaan dan pancaroba yang bakal kami tempuhi sebagai insan yag bergelar pendidik...
sungguh berat beban yang bakal kami pikul...
insyaallah...
berkat doa dan kesabaran serta keyakinan kepada ALLAH...
semuanya pasti lancar...ameeeennnnnnnn...




anne:kepenatan yang sangat berbaloi...;)





3 comments:

:: cikNuurul :: said...

errr,ain mmg xsuke g kem ek,.bru ku tau,.hehe,.wehh,kem la gile best skali dlm bnyk2 aktvti mse blajar,.hehe,.syokk woo,advnture!,.pape pon,cm best je korg pnyer kem ni,.siap buat rakit bagai,.gmbo??,..hehe,.

KN said...

kak long, ha ah...pergi kem jer, mesti rasa mcm terpksa jek...kat muka nmpak mcm excited jerk kan? dalam hati memg berbagai2 rasa...huhuhu...

ade jer gambo, kami buat rakit sdrik, sume kena wat sdrik....tapi gambo ade kat pensyrah ag...blm smpt nak amek...byk seh gmbor nyer...

t ain share once dah dpt gambo tu..key...hehe

KN said...

kak long, ha ah...pergi kem jer, mesti rasa mcm terpksa jek...kat muka nmpak mcm excited jerk kan? dalam hati memg berbagai2 rasa...huhuhu...

ade jer gambo, kami buat rakit sdrik, sume kena wat sdrik....tapi gambo ade kat pensyrah ag...blm smpt nak amek...byk seh gmbor nyer...

t ain share once dah dpt gambo tu..key...hehe