aNaK MuRiD

Tuesday, September 27, 2011

Petua Imam Syafi'e....


Empat perkara menguatkan badan...


1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas



Empat perkara melemahkan badan...


1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam




Empat perkara menajamkan mata...

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan mata...

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat



Empat perkara menajamkan fikiran...


1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama




4 cara tidur...

1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka. * Kalau ada kesudian ...







***Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.














Monday, September 19, 2011

Panduan Borak Dengan Anak Tentang Air Mani & Haid...

SUMBER : ILUVISLAM




Pernahkah anda bercerita tentang baligh dengan anak-anak anda?

Adakah anda pernah berbicara dengannya soal tanda-tanda baligh? 


Tentang mimpi basah dan tentang mandi wajib?

Pernah anda menguji pengetahuannya tentang air mani dan air mazi?

Mungkin anda pernah, mungkin juga tidak. Jika tidak, kenapa?

Sedarkah anda bahawa hari ini, terdapat ramai anak-anak remaja yang masih jahil tentang hukum berkaitan baligh. Ada yang sudah berumur 17 atau 18 tahun tetapi masih buta dalam soal hadas besar dan baligh.

Berapa ramai remaja lelaki yang berkali-kali bermimpi basah, tetapi tidak tahu apa yang wajib dilakukan. Berapa ramai pula anak-anak perempuan yang datang haid, tapi tak tahu cara menyucikan diri bila haidnya selesai. Mereka tidak tahu cara untuk mandi wajib.

Malah, tidak pernah pun mandi wajib!

Segala ibadat yang dilakukan selama ini rupa-rupanya dosa yang bertimpa-timpa. Segala-galanya dilakukan dalam keadaan kotor dan berhadas. Bertahun-tahun menghimpun dosa.

Siapa pihak pertama yang wajar dipersoalkan oleh Allah nanti. Siapa yang bertanggungjawab di hadapan Allah nanti. Tentulah yang paling hampir ialah ibu bapanya sendiri.

Ustazah tak cakap!

Tidak dinafikan bahawa persoalan di sekitar baligh merupakan perkara yang agak malu untuk dibicarakan. Ramai yang terasa janggal untuk membuka mulut bercakap soal ini kepada anak-anak. Ramai yang memilih untuk membiarkan anak memahami perkara itu melalui orang lain.

Tidak kurang yang meletakkan harapan sepenuhnya kepada guru untuk menjelaskan segala-galanya. Sebahagian pula langsung tidak kisah, dan berharap agar anak itu tahu sendiri bila besar nanti.

Hakikatnya amanah Allah ke atas ibu bapa tidak terlepas semata-mata dengan menghantar anak-anak ke sekolah. Dengan sistem pendidikan hari ini, ruang masa untuk pendedahan hukum hakam soal baligh amat terhad.

Tambahan pula tidak semua ustazah dan ustaz yang sudi bercerita soal ini tengan telus dan terang. Tak kurang juga ustazah yang malu-malu untuk bercerita soal yang sensitif ini. Kalau diterangkan sekali pun belum tentu anak-anak kita dapat benar-benar menghayatinya untuk diterjemahkan ke alam realiti.

Hari ini anak-anak muda amat senang terdedah dengan paparan berunsur seks. Mereka dapat akses dengan pelbagai gambar, video, cerita, rencana dan segala bahan tentang seks dan jantina dengan mudah, murah dan merata-rata.

Kemudahan telefon bimbit, internet dan lain-lain membuka seluas-luasnya ruang maklumat tentang seks. Sesama remaja mereka juga begitu ke hadapan berbicara soal-soal ini. Namun sejauh manakah mereka terdedah dengan hukum-hakam berkaitan seks?

Amat malang sekali, ketika mereka begitu hebat menguasai maklumat tentang seks, mereka begitu tercorot dalam memiliki ilmu dan kesedaran agama berkaitan dengan seks ini.

Ikut cara Nabi (SAW) dan para sahabat

Oleh yang demikian, ibu bapa hari ini tidak boleh lengah lagi. Zaman kini bukan seperti zaman ibu bapa menjadi anak-anak dulu. Dulu kebanyakan ibu bapa mengunci mulut dalam soal seks, termasuk tentang baligh, mani dan haid. Bercakap tentangnya dianggap kurang sopan dan lucah.Tanggapan ini agak tempang.

Tidak dinafikan, bercakap soal ini agak sensitif, dan mengaibkan. Namun demi kerana ilmu, kebenaran dan akhlak anak-anak, ibu bapa perlu kesampingkan rasa malu itu. Ikutlah cara Nabi Muhammad (SAW) dan para sahabat yang berbicara soal ini pada saat dan waktu yang memerlukan.

Misalannya dalam kisah yang dicatat dalam satu Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Tarmizi, bahawa Sayyidina Ali k.w. berkata: 


Aku adalah seorang yang mazza’ (iaitu seorang yang sering keluar air mazi dari zakar), maka aku pun bertanya kepada Nabi (SAW) tentangnya, maka jawab Baginda:
“Kalau mazi cukup dengan wudhu’, dan kalau mani mestilah mandi.” Dalam riwayat lain, Baginda menjawab: “Jika engkau memancutkan air (mani), maka mandilah dari janabah. Jika tidak memancutkan, tidak perlu mandi.”

Sebenarnya banyak lagi kisah seumpama ini yang membuktikan ketelusan Baginda SAW dan para sahabat dalam mendalami ilmu dan mencari kebenaran. Maka amat wajar bagi ibu bapa bertindak menjadi pembicara yang dapat menerangkan kepada anak-anak tentang soal yang penting ini.

Semak pengetahuan anak

Oleh kerana anak-anak mungkin telah mempelajar ilmu ini dari ustazah atau ustaz di sekolah maka wajar ibu dan ayah menyemak pengetahuan mereka tentang baligh, tanda-tandanya dan bagaimana melaksanakan kewajipan dan larangan berkaitan dengannya. Jika mereka kelihatan tidak tahu atau keliru, maka wajib kepada ibu bapa menjelaskan satu-persatu tentang hukum baligh ini.

Berikut adalah beberapa dasar penting yang perlu diambil perhatian. Perinciannya perlu dirujuk dalam buku-buku fikah yang muktabar. Antara perkara yang dimaksudkan ialah:

1. Hakikat bahawa baligh itu sempadan dosa dan pahala. Pastikan anak anda benar-benar faham maksud ‘taklif’, ‘mukallaf’ dan juga ‘baligh’ dan apa kaitan kedua-duanya dengan dosa dan pahala, serta syurga dan neraka.

2. Tanda-tanda baligh antaranya ialah apabila anak itu bermimpi sesuatu yang merangsang naluri seks, dan mendapati tanda-tanda basah pada pakaian bila terjaga.
3. Perlu juga anak-anak mengetahui perbezaan antara air mazi dan air mani. Beza dari sudut bila kedua-dua jenis air itu keluar dari kemaluan dan bagaimana untuk bersuci dari kedua-duanya.

4. Bagi yang bermimpi dan basah ini, wajib mandi untuk menyucikan diri dari hadas besar. Mandi wajib ada kaedah dan caranya tersendiri. Apa yang penting niat yang nyata dan air yang suci diratakan di seluruh badan.

5. Bagi anak perempuan, tanda baligh mungkin juga bermula dengan keluar darah haid.

6. Bagi anak perempuan yang dalam haid, terdapat larangan-larangan tertentu yang perlu diperhatikan. Ibu terutamanya perlu memastikan anak-anak gadis memahami batas-batas agama ini. Juga perlu dijelaskan bagaimana untuk menentukan samada dia sudah suci daripada haid, dan bila dia wajib mandi hadas.


Baligh pada hari jadi?

Demikianlah perkara-perkara berkaitan soal baligh yang perlu dijelaskan kepada anak-anak agar mereka tidak teraba-raba mencari pedoman beribadah. Ibu bapa yang soleh dan bertaqwa sewajibnya tidak malu untuk menjadi penyampai kepada anak-anak tentang soal ini. 


Kenapa Allah mengaitkan soal baligh dan mukallaf ini dengan sesuatu yang memalukan dan mengaibkan? 
Kenapa perlu dikaitkan baligh dengan sesuatu yang keluar dari kemaluan? 
Kenapa Allah tidak tetapkan baligh itu berdasarkan kaedah lain? 
Kalau mahu mudah misalnya, Allah boleh tetapkan sahaja baligh itu dengan kiraan umur seperti 10 tahun atau 12 tahun.

Hakikatnya, semua ketentuan Allah ini ada hikmah tersendiri. Allah mahu soal kehormatan, soal keturunan, soal maruah dan harga diri diselarikan dengan landasan syariat. Allah juga mahukan agar ilmu berkaitan jantina dan seks tidak dipisahkan daripada soal dosa pahala. Biar agama yang memandu segala-galanya. 


Bahkan, inilah aspek indah dalam pendidikan seks dalam Islam. Mendidik anak-anak agar mengenali, dirinya, fizikalnya, perkembangan biologinya dan perubahan jiwanya sesuai dengan fitrah insani.


Selamat berbicara dengan anak-anak!




SUMBER : ILUVISLAM

nape tak kawen lagi???






utk gadis2 yg belum kahwin dan orang dok sibuk2 tanya kenapa tak kahwin2 lagi ???




jom ikut jawab macam ni je :-)







Sesungguhnya lelaki itu imam wanita,...... 

Andai belum sampai juga rezeki ku

Anggaplah bahwa lelaki yg dinantikan itu,

Sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin diri ku nanti,

Kerana pada ku itu pasti ada kekurangannya,

Dan lelaki yg benar2 layak pasti hadir,

Untuk melengkapkan kekurangan pada diri ku 


(^_________^)













hadis hari ini...




‎"Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu dan kamu reda (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar." - Hadis Nabi.




Wednesday, September 14, 2011

qoute of a day



bukan mudah memiliki apa yang diingin dalam hidup...

selagi ia masih berada dalam genggaman,hargai dan 

sayangilah ia dengan seikhlasnya...

kerana penyesalan sudah tdk bererti ketika kita 

kehilangannya...





Monday, August 22, 2011

13 ALASAN WANITA TIDAK MENUTUP AURAT SELALU GUNA ....




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan wanita anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka:-

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.




by Ramli Joned ..............



Tuesday, August 9, 2011

saLam Ramadhan...



assalam alaikum jameean...

kaif haalukum?

buat semua muslimin dan muslimat sekalian...

Selamat menunaikan ibadah puasa di Bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini...moga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang paling bermakna buat kita...andai ini adalah yang terakhir, moga ia nya bukanlah sesuatu yang akan kita sesali...

'hadiah Ramadhan' ini ku harap adalah yang terbaik untukku...
doakan agar segalanya di permudahkan olehNya...
aku berharap agar si dia adalah pilihan yang betul yang telah ditetapkan untukku...




anne*istikharah memohon prtunjukMu Ya Allah...

Sunday, July 24, 2011

tak tau nak kata apa!!!

sungguh2 ana masih bingung...

terasa masa ini cepat sangat berlalu...

semuanya bagaikan mimpi yang tiba2...

hakikatnya realiti nan benar belaka...

errrrrrrrrk!!!

Sunday, July 17, 2011

CINTA SUFI


Biar mencari jangan mencuri
Biar berhati jangan membenci
Teguh hati kerna budi
Teguh cinta kerna kuatnya ikatan hati
Cinta Illahi Cinta Haqiqi
Serata dunia menjejak Cinta Sufi
 Berjayakah Sang Hati peroleh penyeri?
Pengubat duka di kala sepi
Solat dinihari tenang dirasai
Keinsafan menyelubungi diri
Seimbangkan ukhrawi dan duniawi
Semakin dekat pada Illahi
Pada-Nya berserah hati nurani
Syukur pada ketentuan insani
Insyaallah…bahagia dirasai…



~Batrisya Aina~





anne*puisi ini telah di terbitkan dalam Buletin Mimbar LAKMNS...;)

~ TerCaRi-cAri ~

tika hati mula percaya

tika jiwa mula menerima

tika hijab mula terbuka

tika akal mula tertanya

tika lidah mula menyusun kata

lalu mulut pun berkata membuka bicara

bermula nya sebuah ceritera

tentang aku kau dan dia

tentang suka dan duka

tentang cinta dan lara

kehidupan insan memadu asmara

baik dan buruknya insan bergelar manusia

mencari erti hidup yang sementara

mencari erti cinta haqiqiNYA

mohon bahagia datang menerpa

bersama insan yang telah tercipta

menghadapi hidup penuh episod propa

pelbagai pula ragamnya

sabar dan tabah mengharungi dunia

ketemu titik persinggahan yang sementara cuma

harapan kita cuma anganan sahaja

ada ketika muncul kebenaran nyata

ada ketika muncul lakonan semata

alangkah malangnya hidup tanpa tiang agama

terkontang kanting sini dan sana

tiada arah tuju hala

padaNYA sahaja aku berdoa

mohon perlindungan dari segala mara bahaya

mohon petunjuk hidup di dunia NYA

pinjaman untuk kita yang dhaif mengenal DIA

betapa kurangnya ilmu di dada

walau jauh telah di ronda

ilmu yang di perolehi kadang-kadang di persia

semakin bongkak berhadapan dengan dunia

namun,

beringatlah sentiasa

tiada yang kekal di dunia

melainkan DIA.....................................






fikrah min :~ Batrisya Aina ~


Wednesday, June 29, 2011

berhantunyer e-Laporan j-QAF...


Alhamdulillah...

sempat jugak ana siapkan E-Laporan jqaf yang aduhai aduhai aduhai memerlukan sangat banyak kesabaran...huhu...banyak nyer lah cabaran yang ana hadapi...dengan laptop ana yang selalu sangat 'hang' masa nak eksport import data tu...

tidur pun macam tak tidur da...tak sempat nak mimpi jumpa anak raja...ade dayang-dayang serve makanan, ade pengawal-pengawal kiri kanan depan belakang...opppssss!!!
mengarut sudah...padahal bukan nak pun ngan anak raja...muahahhaa...

then, masa wat laporan E-sekolah tu pulak, tinggal 2 step jer lagi, laptop ana 'jam' lagi...
aduhai lah...punyer lah ana tunggu setengah jam berlalu,
sekali...'not responding'...
huh!!! uwwwaaaaaaaaaaa....
then, xnak sambung dah....siap2 teros g sekolah...nak pinjam laptop kak tiey...mudahan di permudahkan segala urusan...cepat2 siap dan cepat nak emel ngan ppd...huhu...

aper? aktiviti sekolah?...ngeh3

2 minggu kebelakangan ini terlalu sibuk dengan aktiviti di sekolah,
duh...sekolah lagi....
padahal nak cakap yang...
ana langsung tak berkesempatan untuk memanjakan diri ana...
tidur pun bak kata pepatah tidur2 ayam...ahaksss!!! (melampau...kih3)


tapi, ana suker gak masyghul awi...
kengkadang jer lah yer...
sebab, ke'masyghul'an ana akan membuatkan ana luper nak ingat kepada kesunyian diri kala ini...erk!! sunyikah??? hehehheeee...
novel??? oh yer...novel...
SUTERA BIDADARI...
tak rugi lau antum baca...memang layan sungguh...hehe
bukan setakat hiburan semata, tapi ade ilmu di sebalik nyer...
so, antum, jangan lupe baca keyh...hehe
(mode promote novel...hik3)








anne*alamak, ana ade kelas jap g....
ana stop dulu ek...
senyuman lega coz keje sume dah settle...
o yeah!!!



Monday, June 27, 2011

LAZ PART : Cinta bukan untuk dimiliki...






Cinta bukan untuk di miliki...mari kita hayati...;)



...ramai orang yang hebat2 pun,

ada yang ketiadaan cinta manusia...












Kita belajar bahawa cinta itu harus diletakkan di tangan, bukan di hati kerana sebelum akad diucapkan, tidak ada hak pada dirimu akan wanita yang engkau cintai itu…..!!



Engkau hanya punya doa dan ikhtiar. Selanjutnya biarlah Allah yang menentukan akhir kisah kita…..




Tiada air mata untuk mengenang kegagalan cinta mereka..



Yang ada hanyalah air mata dalam doa-doa mereka. Semoga Allah memberikan gantinya yang lebih baik..Lebih dari segala-galanya. .Dibanding wanita itu...




begitu juga dengan kita golongan muslimah di muka bumi ini...andai cinta itu bukan milik kita, anggaplah ianya dugaan untuk kita menghadapi hari yang akan datang...




mungkin...Allah ketemukan kta dengan orang yang salah dahulu sebelum kita bertemu dengan jodoh yang betul...yang boleh membimbing kita ke jalan yang di redhai NYA...




Andai perpisahan adalah yang terbaik untuk kami YA ALLAH, kami redha...




Andai pertemuan selepas ini adalah yang terbaik dan yang terakhir, kami redha...




Moga2 apa yang Engkau tetapkan untuk kami adalah sebaik-baik hal untuk kami...




Ameen Ya Robb...




Sesungguhnya, jodoh yang Engkau tetapkan untuk kami adalah pelengkap diri kami sendiri...tiada manusia yang sempurna melainkan setiap pasangan yang bersatu dan mampu menyempurnakan keperluan pasangan masing-masing...












WALLAHU A'LAM...






anne*AL-FATIHAH buat abgnda 
yang telah kembali ke rahmatullah seminggu yang lepas...
merinduimu...