Charlie atau Rove Beetle lebih dikenali sebagai semut kayap/ semut semai biasanya dijumpai berdekatan kawasan padi, padang sekolah atau hutan.
Si Charlie ni suka pada cahaya. Di bahagian badan Charlie mempunyai toksik paderin yang dikatakan lebih bahaya dari venom ular tedung.
Don’t play play ya!
Bisa si Charlie ni boleh menyebabkan penyakit kulit yang teruk- jadi macam melepuh, melecur, pedih, kegatalan camgitu.
Kalau jumpa Charlie nak buat apa?
Jangan gelabah, resah atau gelisah. Jangan jerit!
Charlie akan angkat bahagian badan dia kalau dia rasa terancam macam kala jengking untuk kasi kita takut.
Tarik nafas panjang-panjang. Hembus perlahan-lahan si Charlie tu bagi dia jatuh dari badan kita.
Kalau terkena jugak, basuh cepat-cepat dengan air.
Tangan tu jangan gatal sangat nak menggaru tempat yang terkena bisa si Charlie durjana tu!
Sebelum tidur tu pastikan kibas dulu tempat tidur tu. Pasal kebanyakan orang terlenyek si Charlie ni masa tidur. Jadi, make sure lah tempat tidur kita ‘clean’ dulu sebelum tidur.
Kurangkan penggunaan lampu dan tutup pintu dan tingkap waktu senja. Sebab si Charlie ni suka benau nak masuk masa-masa macam tu.
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan produk kesihatan shaklee, boleh hubungi saya :
Ain
Sid : 1092671
Sila like page kami :
Cinta Vita Shop
https://m.facebook.com/NRcintavitashop
NR Tamar Cocoa
https://m.facebook.com/NRtamarcocoa
NR Wildan Susu Kambing
https://m.facebook.com/NRwildansusukambing
Terima kasih 😍