aNaK MuRiD

Wednesday, June 29, 2011

berhantunyer e-Laporan j-QAF...


Alhamdulillah...

sempat jugak ana siapkan E-Laporan jqaf yang aduhai aduhai aduhai memerlukan sangat banyak kesabaran...huhu...banyak nyer lah cabaran yang ana hadapi...dengan laptop ana yang selalu sangat 'hang' masa nak eksport import data tu...

tidur pun macam tak tidur da...tak sempat nak mimpi jumpa anak raja...ade dayang-dayang serve makanan, ade pengawal-pengawal kiri kanan depan belakang...opppssss!!!
mengarut sudah...padahal bukan nak pun ngan anak raja...muahahhaa...

then, masa wat laporan E-sekolah tu pulak, tinggal 2 step jer lagi, laptop ana 'jam' lagi...
aduhai lah...punyer lah ana tunggu setengah jam berlalu,
sekali...'not responding'...
huh!!! uwwwaaaaaaaaaaa....
then, xnak sambung dah....siap2 teros g sekolah...nak pinjam laptop kak tiey...mudahan di permudahkan segala urusan...cepat2 siap dan cepat nak emel ngan ppd...huhu...

aper? aktiviti sekolah?...ngeh3

2 minggu kebelakangan ini terlalu sibuk dengan aktiviti di sekolah,
duh...sekolah lagi....
padahal nak cakap yang...
ana langsung tak berkesempatan untuk memanjakan diri ana...
tidur pun bak kata pepatah tidur2 ayam...ahaksss!!! (melampau...kih3)


tapi, ana suker gak masyghul awi...
kengkadang jer lah yer...
sebab, ke'masyghul'an ana akan membuatkan ana luper nak ingat kepada kesunyian diri kala ini...erk!! sunyikah??? hehehheeee...
novel??? oh yer...novel...
SUTERA BIDADARI...
tak rugi lau antum baca...memang layan sungguh...hehe
bukan setakat hiburan semata, tapi ade ilmu di sebalik nyer...
so, antum, jangan lupe baca keyh...hehe
(mode promote novel...hik3)








anne*alamak, ana ade kelas jap g....
ana stop dulu ek...
senyuman lega coz keje sume dah settle...
o yeah!!!



Monday, June 27, 2011

LAZ PART : Cinta bukan untuk dimiliki...






Cinta bukan untuk di miliki...mari kita hayati...;)



...ramai orang yang hebat2 pun,

ada yang ketiadaan cinta manusia...












Kita belajar bahawa cinta itu harus diletakkan di tangan, bukan di hati kerana sebelum akad diucapkan, tidak ada hak pada dirimu akan wanita yang engkau cintai itu…..!!



Engkau hanya punya doa dan ikhtiar. Selanjutnya biarlah Allah yang menentukan akhir kisah kita…..




Tiada air mata untuk mengenang kegagalan cinta mereka..



Yang ada hanyalah air mata dalam doa-doa mereka. Semoga Allah memberikan gantinya yang lebih baik..Lebih dari segala-galanya. .Dibanding wanita itu...




begitu juga dengan kita golongan muslimah di muka bumi ini...andai cinta itu bukan milik kita, anggaplah ianya dugaan untuk kita menghadapi hari yang akan datang...




mungkin...Allah ketemukan kta dengan orang yang salah dahulu sebelum kita bertemu dengan jodoh yang betul...yang boleh membimbing kita ke jalan yang di redhai NYA...




Andai perpisahan adalah yang terbaik untuk kami YA ALLAH, kami redha...




Andai pertemuan selepas ini adalah yang terbaik dan yang terakhir, kami redha...




Moga2 apa yang Engkau tetapkan untuk kami adalah sebaik-baik hal untuk kami...




Ameen Ya Robb...




Sesungguhnya, jodoh yang Engkau tetapkan untuk kami adalah pelengkap diri kami sendiri...tiada manusia yang sempurna melainkan setiap pasangan yang bersatu dan mampu menyempurnakan keperluan pasangan masing-masing...












WALLAHU A'LAM...






anne*AL-FATIHAH buat abgnda 
yang telah kembali ke rahmatullah seminggu yang lepas...
merinduimu...

Saturday, June 25, 2011

PART 4 : Cinta bukan untuk dimiliki...






Cinta bukan untuk di miliki...mari kita hayati...;)



...ramai orang yang hebat2 pun,

ada yang ketiadaan cinta manusia...






Kisah 4:


Lelaki ini adalah Khalifah ke empat, setelah Usman bin Affan…
Dia memandang seorang budak perempuan. Di pelataran rumah seorang sahabatnya…
‘Aisyah binti Thalhah, nama gadis itu…
Maka teringatlah kembali kenangan tentang sahabatnya itu ….Thalhah..

Thalhah lah lelaki yang mengatakan pada perang Uhud..
“Khudz bidaamii hadzal yauum, hattaa tardhaa…”.“ Ya Allah, ambil darahku hari ini sekehendakMu hingga Engkau redha.” Tombak, pedang, dan panah yang menyerpih tubuh dibiarkannya, dipeluknya badan sang Nabi seolah tak rela seujung bulu pun terkena.

Tapi ia juga yang membuat Arasy Allah bergetar dengan perkataannya. Maka Allah menurunkan firmanNya kepada Sang Nabi dalam ayat 53 surat Al Ahzab.

Ini di sebabkan ketika Thalhah berbincang dengan ‘Aisyah, isteri sang Nabi, yang masih terhitung sepupunya.

Rasulullah datang, dan wajah beliau seperti tidak suka. Dengan isyarat, baginda SAW meminta ‘Aisyah masuk ke dalam bilik.

Wajah Thalhah merah. Ia undur diri bersama gumam dalam hati, “Beliau melarangku berbincang dengan ‘Aisyah. Tunggu saja, jika beliau telah diwafatkan Allah, takkan kubiarkan orang lain mendahuluiku melamar ‘Aisyah.”

Maka bergetarlah langit..
“Dan apabila kalian meminta suatu hajat kepada isteri Nabi itu, maka mintalah pada mereka dari balik hijab. Demikian itu lebih suci bagi hati kalian dan hati mereka. Kalian tiada boleh menyakiti Rasulullah dan tidak boleh menikahi isteri-isterinya sesudah wafatnya selama-lamanya.”
(QS Al Azhab 53)

Ketika ayat itu dibacakan padanya, Thalhah menangis. Dia lalu memerdekakan hambanya, menyumbangkan 10 untanya untuk jalan Allah, dan menunaikan haji dengan berjalan kaki sebagai taubat dari ucapannya.

Kelak, tetap dengan penuh cinta dinamainya putri kecil yang disayanginya dengan nama ‘Aisyah.
‘Aisyah binti Thalhah. Wanita jelita yang kelak menjadi permata zamannya dengan kecantikan, kecerdasan, dan kecemerlangannya. Persis seperti ‘Aisyah binti Abu Bakar yang pernah dicintai Thalhah.





Cinta memang tak harus memiliki…





-akan bersambung LAZ PART- cinta memang tak harus memiliki-

PART 3 : Cinta bukan untuk dimiliki...





Cinta bukan untuk di miliki...mari kita hayati...;)



...ramai orang yang hebat2 pun,

ada yang ketiadaan cinta manusia...





Kisah 3:

Lelaki ini adalah ideologi Ikhwanul Muslimin. Orang nombor dua yang sangat berpengaruh setelah Hasan Al-Banna, pada harakah itu..

Ia adalah lelaki soleh. Dulu dia pernah jatuh cinta pada gadis desanya. Namun gadis desa itu menikah.. 3 tahun setelah lelaki ini pergi belajar ke luar negeri untuk belajar. Hal ini membuat ia sedih namun ia tidak mahu larut dalam kesedihannya.

Kisah cintanya mulai dari awal lagi. Ia kemudian jatuh hati pada wanita Cairo. Meskipun tidak terlalu cantik, ia tertarik pada gelombang unik yang keluar dari sorot mata wanita tersebut.

Tapi pengakuan bahawa gadis tersebut pernah menjalin cinta dengan lelaki lain, membuat runtuh cinta lelaki ini.

Ia hanya ingin wanita yang benar-benar perawan, baik fizikal mahupun hatinya. Akhirnya ia membatalkan niatnya menikahi gadis tersebut. Hal ini membuat lelaki itu sedih cukup lama….

Sampai kemudian ia putuskan untuk menerima kembali wanita tersebut. Namun apa yang terjadi? Ditolak. Inilah yang kemudian membuat lelaki itu menulis roman-roman kesedihannya.

Yang luar biasa adalah, lelaki ini sedar dirinya berada dalam alam realiti. Bukan dalam dunia ideal yang indah dan ideal.

Kalau cinta tidak mahu menerimanya, biarlah ia mencari sumber kekuatan lain yang lebih hebat dari cinta. “Allah”.

Kekuatan itulah yang kemudian membawanya ke penjara selama 15 tahun. Menulis karya agungya Tafsir “Fi Zilaalil Qur’an”

Dan syahid di tiang gantungan. Sendiri!!! Tidak ada air mata, tidak ada kecupan, tidak ada sentuhan wanita. Benar-benar sendirian!!

Lelaki ini adalah Sayyid Qutb.

Lelaki yang Allah Maha Tahu… Bahawa dirinya lebih dihajatkan langit… Daripada wanita bumi….




Cinta memang tak harus memiliki…





-akan bersambung PART 4- cinta memang tak harus memiliki-

PART 2 : Cinta bukan untuk dimiliki...





Cinta bukan untuk di miliki...mari kita hayati...;)






...ramai orang yang hebat2 pun,

ada yang ketiadaan cinta manusia...








Kisah 2:




Lelaki ini adalah sebaik-baik raja. Pemerintah selepas Khalifah Ali bin Abu Talib…
Hatinya bergetar dan ia tahu dia telah jatuh cinta.. Pada seorang muslimah solehah, iaitu rakyatnya sendiri

Tiada ada yang istimewa pada wanita itu dari segi kecantikannya. Namun itu lah yang membuatnya jatuh cinta.

Maka dengan kekuasaanya ia menikahi wanita itu…

Tapi dia tidak tahu yang dia tak pernah mampu menikahi hati wanita itu.

Wanita itu telah melatakan hatinya pada pemuda desanya….

Hingga di keheningan malam di 1/3 terakhir, terdengarlah olehnya bait-bait puisi dalam lantunan doa…. Tentang kerinduannya pada pemuda desa itu…

Dia sedar. Ini adalah deklarasi jiwa isterinya. “Aku Tak Mencintaimu”

Maka dengan berat hati. Dia menceraikan isterinya.

Lelaki ini adalah Muawiyyah bin Abu Sufyan. Duta pertama dari Rasulullah SAW yang datang dan melaporkan keadaan Kepulauan Nusantara kepada Nabi SAW









Cinta memang tak harus memiliki…










-akan bersambung PART 3- cinta memang tak harus memiliki-

Friday, June 24, 2011

PART 1 : Cinta bukan untuk dimiliki...





Cinta bukan untuk dimiliki....mari hayati :)




...ramai org2 yg lebih hebat dari kita pun , 

ada yg ketiadaan cinta manusia...







Kisah 1:

Lelaki ini adalah think tank di dalam Perang Khandaq. Di Madinah, seorang muslimah telah mengambil hatinya…

Bukan sebagai kekasih..tetapi sebagai pilihan hati. Pilihan menurut perasaan yang halus dan suci..pilihan untuk dinikahinya.

Tetapi Madinah adalah tempat yang asing baginya. Madinah memiliki adat, bahasa, dan wajah-wajah yang belum begitu dikenalinya. Pemuda itu berfikir, melamar seorang gadis tempatan tentu menjadi urusan yang pelik bagi seorang pendatang.

Mestilah perlu ada seorang yang akrab dengan tradisi di Madinah berbicara untuknya dalam khithbah…

Maka pemuda ini menyampaikan isi hatinya kepada sahabat Ansar yang dipersaudarakan kepadanya, Abu Dharda’.

“Subhanallah, walhamdulillah ..”, girang Abu Dharda’ mendengarnya.

Maka setelah dilakukan segala persiapan, beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di penjuru kota Madinah.

Rumah seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.

“Saya adalah Abu Dharda’ dan ini adalah saudara saya, Salman seorang Parsi. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW, sehingga baginda menyebut beliau sebagai ahli baitnya. Saya datang untuk mewakilisaudara saya ini melamar puteri anda untuk disunting”, fasih Abu Dharda’ menutur bicaranya.

“Adalah satu penghormatan bagi kami menerima anda berdua, sahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah penghormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang sahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak menerima ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami”. Tuan rumah memberi isyarat kea rah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan penuh debaran.

“Maafkan kami kerana terpaksa berterus terang”, kata suara lembut itu. Ternyata sang ibu yang berbicara mewakili puterinya. “Tetapi kerana anda berdua yang datang, maka dengan mengharap redha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Dharda’ juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menerima pinangan itu.”

Jelas sekali. Sikap terus terang yang begitu mengejutkan, ironi dan indah! Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya!

Ya, memang mengejutkan dan ironi. Apa yang indahnya?? Yang indahnya adalah reaksi Salman. Bayagkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat di dalam hati.

“Allahu Akbar!!” seru Salman. “Semua mahar dan nafkah yang telah ku sediakan akan aku serahkan kepada Abu Dharda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”










Cinta memang tak harus memiliki…










-akan bersambung part 2 : cinta memang tak harus memiliki-

si DaiE



Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, 

bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. 

Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, 

kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. 

Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, 

nescaya tidak akan ada pendakwah. 

Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."





- Imam Hasan al-Basri.

Tuesday, June 21, 2011

RAHSIA HATI




‎"Ya Allah, 

temukanlah jodoh ku 

bersama mereka yang soleh/solehah 

agar aku juga dapat berubah menjadi seorang 

yang soleh/solehah sepertinya.."






-PAKAR CINTA-www.PakarCinta.com



Saturday, June 11, 2011

kelas bahasa arab 2


salam alaikum jameeean...

alhamdulillah...
interaksi mei jun kat IPGKBL untuk guru-guru pelatih JQAF sudah berakhir semalam...
2 minggu yang di lalui terasa begitu cepat berlalu
belum sempat nak merakam memori2 yang lebih mesra, tibe dah kena balik sekolah ag...
uwwwwaaaaaa...ana pasti merindui sahabat2 sekalian...
terutamanya budak2 BAHASA ARAB 2....huhu


walaupun banyak assignment yang nak kena buat,
masyghul awi dengan kelas yang dari pagi sampai petang,
presentation yang tak pernah habis,
tapi wajah tetap redha jer datang kelas,
di tambah lagi dengan gelagat masing-masing yang mukhtalif,
tapi, memang tekandung banyak mumayyizatnya,

daripada tak mengenali,
dari timur ke barat,
dari selatan ke utara,
kami berkumpul menjadi sebuah keluarga,
tak ada ape pun yang menghalang,

berkumpul berkongsi ilmu,
tabadilul ara' baina muallim watthulllab,
berkongsi maklumat walau seayat,
fuuhhh,
memang seronok,
sampai rasa berat hati nak berpisah...huhu

takpe2...
meh nak share cket gambo budak kelas ana...
bersama dengan pensyarah subjek ILMU PENDIDIKAN kami, CIKGU NAZAM...


mar - anne - madiha - phiah - zue - syu - hawa - suzila - rodhiyatul - yana - mariah - aisyah - eja - wani - rokiah
syazani - nasir - arelift - waridi - CIKGU NAZAM - fauzee - jumaidi - naim - ridzuan
KPLI JQAF BAHASA ARAB 2



ni lah ustaz n ustazah kelas ana...

semoga segala cabaran dan dugaan sepanjang kita bergelar seorang pendidik mendewasakan kita dan menjadi pedoman untuk menjadi seorang guru yang berjiwa pendidik dan bukannya guru yang hanya seorang guru...;)



anne*kisah hati...;p


Monday, June 6, 2011

BUAT ANAK PEREMPUAN KU YANG TERCINTA


Salam alaikum jameean...
kaif hal? lame sungguh rasanya ana tak update blog ana neh...
masyghul awi...dengan asgment yang tak pernah putus, dengan kelas yang pack masa cuti neh...dengan penat yang amat...duhhhh...
tapi berbaloi2 coz dapat jumpa dengan rakan2 yang di hantar nun jauh di pedalaman Sarawak...
paling penting...stress di IPG tidak lah se'STRESS' semasa berada di sekolah....heeeeeeee

hari ni ana tak nak kongsi cte pasal ana, ana cuma nak kongsi secebis maklumat yang ana perolehi dari emel yang di hantar oleh pensyarah ana...
Moga-moga maklumat yang ana kongsikan ini akan menjadi ilmu yang boleh di amalkan oleh semua...
insyaalllah....;)

********************************************************


Ini adalah surat dari seorang antara lelaki pengemban dakwah terawal dalam sebuah gerakan Islam, iaitu hizbut tahrir  kepada salah seorang anak perempuannya sebelum majlis perkahwinannya. Pada masa itu beliau sedang berada jauh darinya disebabkan ia dipisahkan dari keluarganya oleh pemerintah yang zalim. 


Dalam surat ini ada tauladan yang menyebabkan al-Izzah berminat untuk menampilkannya buat kalian wahai saudara saudari yang dimuliakan. Meskipun jauh dan terpisah dari naungan pandangan seorang bapa, pengemban dakwah terhadap ahli keluarganya, beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawab memelihara mereka mana yang termampu olehnya. Mereka mempunyai bapa yang gemar memberikan nasihat yang ditujukan untuk anak-anaknya ke arah jalan yang sesuai dengan ajaran Islam.

Berbeza dengan apa yang dapat kita saksikan pada hari ini, fenomena perceraian berleluasa dalam masyarakat, yang akhirnya mengubah persepsi anak-anak perempuan kita terhadap hubungan perkahwinan ini hingga akhirnya mereka beralih dari pandangan mentaati suami dan mewujudkan mawaddah dan rahmah, kepada pandangan konflik dan pertengkaran antara pasangan suami isteri mengenai siapa yang patut memaksakan kehendaknya dan siapa yang patut menguruskan rumah. 


Perubahan ini bukan terhasil dari komitmen mahu pun syarak, tetapi dari wujudnya pengaruh konsep-konsep Barat terhadap hubungan tersebut. Malang sekali kita temukan bahawa pandangan-pandangan kaum pemudi kita mengarah kepada hubungan ala Barat: si wanita belajar dan bekerja serta menghasilkan sepertimana yang dihasilkan oleh lelaki. Oleh itu, mereka tidak saling berbeza dalam hal kepimpinan rumahtangga. Tidak seorang pun dari mereka memahami kata-kata saya bahawa ia adalah seruan untuk kaum wanita agar tunduk terhadap suami mereka sama ada ini hak atau batil, mengikut syarak atau selainnya. 


Bahkan, kita hendaklah kembali kepada hukum-hukum syarak yang mengatur hubungan ini dengan cara yang diredhai Allah dan yang menjamin kedua-dua pasangan suami isteri memperoleh kebahagiaan dunia dan kenikmatan akhirat.
Setelah muqaddimah pendek ini, saya kemukakan kepada kalian isi surat tersebut. Mudah-mudahan ada kebaikannya bagi mereka yang baru menempuh alam perkahwinan.




II
II
II
VVV
VV
V


Bismillahirrahmanirrahim

Anakku yang tercinta,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ucapan terbaik dan ucap selamat yang terindah serta kerinduan yang terhangat ayah kirimkan buatmu melalui cairan wangi dengan memohon kepada Yang Maha Kuasa agar ianya sampai kepadamu dalam keadaan dirimu sihat dan afiat serta tenang dan berbahagia. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan permohonan.

Pengantin kami yang dikasihi,

Suratmu telah sampai kepada ayah semalam, sayang. Ketika ayah membacanya, bergenanglah mata ayah dengan limpahan air mata dan tidak ayah ketahui sebabnya. Ayah tidak biasa menangis ketika membaca surat. Ayah juga tidak pernah rasa menderita sebegini. Namun, surat ini menjadi surat pertama yang menggoncang perasaan ayah, mengalirkan air mata ayah serta menggerakkan jiwa sanubari ayah. Pun ayah tidak tahu adakah hal itu kerana ianya dari si sayang ayah yang hampir memulai kehidupannya yang terpisah dari ayah? Atau pun  kerana ianya dari si sayang ayah yang amat berharga di hati ayah dan ayah khuatiri hembusan bayu akan menyakitinya.

Bagaimanalah tidak kerana ayah melihatnya akan menempuh gerbang kehidupan baru. Ayah berharap dari segenap jiwa raga ayah dan ayah berdoa kepada Allah SWT setiap pagi dan petang agar Allah melimpahkan kebahagiaan dan keharmonian meneduhi alam barunya itu. Ayah jua berdoa kepada Allah SWT agar teman usia dan kehidupannya adalah sebaik-baik suami dan teman. Agar dia diliputi oleh rasa simpati, kasih sayang, belas dan cinta sepertimana ia perolehi di rumah tempat tumbuhnya, sangkar tempat asal dan tempat membesarnya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengabulkan doa.

Anakku yang dihargai,

Ayah berasa bangga menuliskan kepadamu surat ini tatkala dirimu sedang di ambang kehidupan baru. Jikalah tidak kerana perpisahan, berpisah dari rumah kedua orang tua ke rumah suami merupakan sunnatullah pada makhluk ciptaan-Nya, dan sunnah yang telah ditentukan ke atas semua, tidaklah ayah benarkan seorang pun di dunia ini untuk memisahkan kita. Tetapi apalah helah ayah sedangkan Allah SWT telah menghendaki hal ini sejak dari azali lagi dan sunatullah ini akan tinggal kekal pada makhluk-Nya sehingga Allah mewariskan bumi ini dan mereka yang ada di atasnya. Hanya dengan sebab itu sahaja ayah membenarkan orang lain untuk membawamu ke rumahnya dan menyimpanmu dalam sangkarnya.

Meski apa pun yang ayah katakan dan tuliskan…ayah tidak akan mampu untuk menyingkap apa sesungguhnya yang tersembunyi di hati ayah.Oleh itu, ayah menuliskan kepadamu surat ini yang mengandungi beberapa nasihat yang ayah perolehi dari kehidupan ini sementara dirimu sedang memasuki alam tugasmu yang asal, iaitu untuk menjadi ibu dan pengatur rumah tangga dan beroleh kemerdekaan dalam hidup.

Anakku yang disayangi,

Ayah ingin menulis kepadamu beberapa nasihat untuk kau amalkan dan kau lakukan sebaik mungkin terhadap pasangan hidupmu. Sesungguhnya ayah impikan kebahagiaan, ketenangan dan keharmonian memayungi sangkar kecilmu yang ayah harap akan menjadi besar dengan adanya anak-anak yang soleh dan solehah.

Ketika kau membaca surat ini, janganlah kau tergesa-gesa dan janganlah kau tanggapi topik-topik pembicaraan ayah dengan pandangan pertamamu, bahkan berulangkalilah membacanya. Perhatikannya berkali-kali sebelum dan selepas perkahwinanmu. Masa akan menyingkapkan kepadamu banyak perkara yang akan ayah nyatakan nanti. Ayah telah memahami pemerhatian ini dari berita-berita yang ayah dengar dari orang ramai secara umum. Dan jua apa yang ayah telah hadapi, perhatikan dan lalui dalam kehidupan berumahtangga ayah dalam tempoh masa hampir lapan belas tahun.

Pada masa yang sama, ayah sesungguhnya tidak menyatakan bahawa ayah telah sangat arif dengan semua permasalahan yang kadang terjadi dalam kehidupan berumahtangga, antara  suami  dan isteri, kerana mengetahui semua perkara itu kan sifat Allah Tuhan sekelian alam. Tetapi ayah katakan bahawa ayah hampir mengetahui apa yang penting dan tampak menonjol darinya dan yang kadangkala nampak seolah-olah kecil dan remeh tetapi memiliki pengaruh yang besar terhadap perjalanan hidup berumahtangga dan hampir memusnahkan mereka jika tidak ada beberapa hikmah, sikap sabar serta tabah dan panjang fikiran.

Demikian juga, sesungguhnya kehidupan sentiasa berubah dan dipengaruhi oleh situasi di dalamnya dengan begitu jelas dan nyata sekali. Kadang situasi ini berbeza antara satu keluarga dan keluarga yang lain dan dari satu lingkungan kehidupan dengan yang lain, juga dari satu negara dari negara yang lain dan seterusnya.

Namun di sana ada beberapa perkara yang jelas masih kekal dan garis-garis besar dan selainnya tergabung di bawahnya atau menurutinya. Berdasarkan muqaddimah  atau pengantar yang sederhana ini, ayah ringkaskan kepadamu point-point penting ini yang ayah harap kaudapat fikir dan perhatikan dengan sepenuh-penuh perhatian:

1.     1) Kehidupan berumahtangga yang kau dirikan haruslah didasarkan pada sifat saling faham-memahami dan berkasih sayang.

Oleh itu, wanita hendaklah menghulurkan keramahan, cinta dan kasih sayang sejati buat suaminya. Kata-kata ini bukan semata omong kosong yang sering diulang oleh suami atau isteri. Bahkan ia adalah payung yang bernaung di bawah bayangnya kedua-dua pasangan itu.
Hendaklah setiap dari suami dan isteri merasai kehangatan, kejujuran dan dalamnya cinta mereka. Jauhilah dan jauhilah dari menggambarkan bahawa kehidupan berumahtangga ditegakkan atas kalimah-kalimah kosong dan bisu  yang kehilangan maknanya seiring berlalunya masa. Konsepnya juga musnah dengan diulang-ulang sebutannya  sempena ada  atau tidak acara tertentu … Kedalaman, kejujuran dan kehangatan cinta itulah asal bagi kehidupan berumahtangga.

2.     2)  Setiap dari pasangan, suami dan isteri, lelaki dan wanita, wahai anakku yang mulia.. ada batasan…yang masing-masing wajib patuhi. Apabila setiap orang mengetahui batasannya dan dipatuhinya, semua urusan akan berjalan lancar dan semua kesusahan akan dapat diatasi secara otomatik.

Perkara pertama yang perlu diketahui oleh isteri adalah bahawa suaminya merupakan pemilik kepimpinan di rumah. Solahiyyah sepatutnya diagihkan secara adil sebagaimana perintah Allah SWT. Wanita adalah ibu dan pengatur rumahtangga… Rumahnya  adalah kerajaan kecilnya yang dia kendalikan dan dia bersemayam di situ. Sementara suami, kerajaannya adalah di luar rumahnya tempat dia melaksanakan semua tugasnya.

Demikianlah Rasulullah SAW menentukan kepada Fatimah dan Ali k.a.w. Bahawa Fatimah wajib melaksanakan semua tugas di dalam rumah sementara Ali menjalankan semua tugas di luar rumah.

3.       3) Wahai sayangku, ketika dirimu di ambang kehidupan baru, jauhilah dari menyangkakan bahawa suami atau rumahtangga adalah seperti ayah atau rumah ayah. Dalam rumah ayah, kau boleh meminta apa sahaja yang kau inginkan tanpa susah payah  dan adakalanya kau marah dan gelisah. Tetapi di rumah suamimu, kau tidak boleh melakukan hal itu sama sekali. Oleh yang demikian, jauhilah dari banyak meminta, bahkan permintaanmu itu wajiblah dalam batas yang masuk di akal dan perkara yang kau benar-benar perlukan.

Kemudian, ada sebabnya bagi sesuatu permintaanmu itu… tidak semua masa sesuai untuk kau meminta… Oleh itu kau mestilah cerdik supaya kau mengerti masa-masa yang paling sesuai untuk permintaanmu itu, seterusnya permintaanmu itu perlulah dalam batas yang logik, yang pendapatan atau gaji suamimu boleh menampungnya.
Banyak meminta dari suami akan membawa kepada kebosanan dan kejemuan serta perasaan tidak dihargai terhadap tanggungjawab atau situasi-situasi umum.

4.      4) Sesungguhnya ketaatan kepada suami termasuk ketaatan kepada Allah. Oleh itu, hendaklah kau taati semua yang dipinta oleh seorang suami terhadap isterinya kerana Rasulullah SAW bersabda: “Mana-mana wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat akan melaknatnya hingga ia kembali semula ke rumah.” Dari hadith ini jelaslah bahawa ketaatan adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan berumahtangga.

Sesungguhnya ketika ayah menceritakan tentang ketaatan, ayah tidak bermaksud kau harus taat pada semua perkara, tetapi hanya terhad pada perkara yang halal, yang telah dihalalkan oleh Allah SWT. Jangan kau taat pada perkara yang haram selama-lamanya kerana Rasulullah SAW bersabda: “Tiada ketaatan terhadap makhluk pada perkara maksiat kepada al-Khaliq.” Oleh itu, kau wajib berlaku taat dalam batasan yang halal dan tidak melampaui pada yang haram. Jika seorang suami, atau makhluk lain memerintahkan kepada perkara yang haram, janganlah ditaati langsung.

5.  5) Sentiasalah kau beri perhatian terhadap suamimu. Perlihatkan penjagaanmu dan kepedulianmu yang ikhlas padanya. Tidak seharusnya seorang wanita itu mengabaikan perhatian, penjagaan dan keprihatinan terhadap suaminya meski bagaimana keadaannya.

6.     6)   Jauhilah dirimu dari menampakkan keluhan dan kebosanan dengan jelas dan berkali-kali. Jauhilah anakku, jauhilah. Bahkan kau sepatutnya sentiasa dilihat tersenyum malu, berseri wajah dan ceria…gembira. Wajahmu dipenuhi dengan senyuman meski bagaimana teruk keadaan hari yang kau lalui.

Banyak mengeluh dan menunjukkan bosan akan  mengakibatkan suamimu mengeluh dengan keluhanmu itu dan merasa bosan dari rasa bosanmu itu, yang  membawa kepada natijah yang negatif dan buruk yang tiada siapa mengetahuinya melainkan Allah. Hal itu bergantung kepada bagaimana dia dapat mengelola dan mengekang perasaannya dengan baik.

7.     7)   Anakku yang dicintai, jauhilah dari dilihat tidur atau masuk tidur sebelum suamimu. Tetapi jadikan tidurmu selepas ia berasa tenang dan naik ke tempat tidurnya. Jangan tidur lebih awal darinya, tetapi tunggulah suamimu walaupun dia lewat sampai ke rumah. Barangkali dia memerlukan sesuatu darimu seperti  menghidangkan makanan untuknya atau melayannya.

8.    8)  Jauhilah wahai anakku dari menggesa suamimu agar memberikanmu laporan terperinci mengenai apa yang terjadi padanya pada siang hari dalam pekerjaannya dan hubungannya dengan orang lain. Kehidupan berumahtangga bukanlah laporan-laporan yang perlu dikemukakan di penghujung siang dan di awal malam, bukan juga menyingkap akaun oleh suami untuk dikemukakan kepada isterinya.

Sekiranya suamimu membuka sesuatu hal kepadamu, terimalah dan tenangkanlah dia. Jika tidak jangan kau bertanya-tanya… Ramai lelaki bahkan sebahagian besar mereka tidak suka dilihat-lihat rahsianya oleh orang terdekatnya walaupun isterinya. Jika kau melakukan hal itu dan  kau menggesanya, dia akan merasa lelah terhadapmu atau mula menjauh dan menghindar diri darimu. Maka janganlah asyik menggesanya kepada situasi seumpama ini selama-lamanya.

9.      10)  Janganlah wahai anakku, kau duduk bersamanya sekembalinya ke rumah, dan kau kemukakan kepadanya laporan terperinci mengenai apa yang berlaku padamu pada siang hari, apa yang dikatakan oleh si fulanah ini dan si fulanah itu. Ataupun pakaian apa yang dipakai oleh si fulanah jiranmu, apa yang dibelinya atau barang apa saja yang dibawanya dari pasar. Ramai lelaki tidak suka mendengar perkara-perkara ini. Jika dia mendengarkan darimu buat pertama kalinya, sebenarnya dia mendengarnya dengan rasa enggan. Jika dia menanyakan lebih lanjut kepadamu, barangkali dia cuba memahamkanmu tetapi dia selanjutnya akan berkata kepada dirinya sesungguhnya dia ini manusia remeh, bicaranya tidak lebih dari  bercerita mengenai jiran-jiran. Perkataan manusia yang lebih dari ini termasuk mengumpat, memfitnah dan membuka aib (rahsia) orang lain.

Jika kau wahai anakku mendengar sesuatu atau seseorang berkata sesuatu kepadamu, hendaklah kena pada masanya kemudian letaknya di sudut-sudut lupa pada otakmu.

10.  Sesungguhnya kehidupan berumahtangga ini wahai anakku, kadang dipenuhi oleh pelbagai perkara. Janganlah kau terlalu ambil peduli. Jika suamimu marah dan bercakap dengan kata-kata yang kadang tak kena tempatnya, berdiam dirilah sehingga dia berasa tenang. Dan ketika dia telah tenang, dia akan mula memuhasabah dirinya sendiri dan akan kembali kepada kebenaran meski bagaimana degil pun dia.

Sementara jika dia berbicara dan kau pun berbicara, bertambah rumitlah masalah. Tali tidak boleh ditarik kuat dari kedua-dua belah pihak. Jika dia marah, jauhilah diri darinya… pergi ke dapur dan buatlah secangkir kopi… hidangkan padanya dengan senyuman manis dan kemaafan yang lembut… demikianlah kau akan menjadi hebat pada matanya… dan bertambah kukuh kedudukanmu di hatinya.

11.   Jika dia menyertakanmu dalam satu pembicaraan dan dia sedang berkata, janganlah kau memotong kata-katanya, atau bercakap mewakilinya kerana hal ini akan menyebabkannya berasa marah. Diamlah sahaja sehingga dia selesai berbicara. Jika kau ada perkara yang ingin ditambah pada bicaranya, katakanlah. Jika tidak, maka berkata itu adalah perak sedangkan diam itu adalah emas.

Akhirnya, harapan dari lubuk hati ayah dan juga doa-doa ayah kepada Allah agar Alalh membantumu dan melimpahi kebahagiaan ke dalam rumah barumu. Sehingga bertemu lagi insyaAllah dalam surat selepas perkahwinan.
Wassalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh.

Hari raya…30 Mei 1976.

Disalin oleh majalah al-Izzah dari forum alokab (dengan pengubahsuaian).
Selesai terjemahan. Alhamdulillah.



sharing:caring:loving



anne*pesanan untuk diriku jua....;)