aNaK MuRiD

Saturday, April 30, 2011

aiNaNiey



salam alaikum jameean...
kaif haalukum? bikhair? alhamdulillah...;)

hari ini ana bukan nak cerita pasal sekolah ana...
kalau asyik nak cerita pasal sekolah, lame2 jadi makin stresssssssssss!!! haha


oleh kerana a few weeks before, ana asyik tak berkesempatan jer nak menghubungi sahabat ini...jadi, rindu mula bertandang...
hoooo la...bila ana msg, dia tengah busy, 
bila dia reply msg pulak, ana pulak yang busy...
mane la sempat nak bertanya khabar...iye dok? hehee


so, entry ni khas ana tujukan untuk dia...
tatau la sama ada dia tau ke idok dia jadi tajuk entry kali ni...GOTCHA...hehehe


ni haaaa...ana nak share sedikit gambo kenangan kami sepanjang bergelar student kat UPM...weeee


perkenalan kami bermula di koridor top floor blok kasturi kolej TUN PERAK UPM...haaaaa...
details giler nak bagi tau...masa? opppsss...tak sure but sumtimes in bulan Julai...1st week di UPM...
sepanjang Minggu PerkasA Putra berlangsung, kami bagaikan belangkas ke sana ke mari bersama...


so, ia telah membibitkan bibit2 persahabatan yang terjalin hingga kini...
bukan bibit2 percintaan yerk...ahaksss!
Alhamdulillah...walau banyak pancaroba nya, kami masih lagi berhubung walau bukan setiap hari...
boleh tak cakap yang kami ni dah macam adik beradik da...eheheheheheee....


II
II
II
VVV
VV
V


NI GAMBO MASA SHOPPING KAT ALAMANDA WIF MY MUM...
JALAN SAKAN MASA TUH PUSING KL...
BEST3...HEHE


HAAAAA...NI GAMBO MASA SEM 1 TAHUN 2007...MASA TU DOK JALAN2 G UMAH SEDARA LEYA...SEMPAT AG DOK POSING GTU...HAHA



HAAAAA...CER TEKA INI GAMBO...HAHA...
NI GAMBO MASA KAMI WAT PERSEMBAHAN UNTUK BLOK KAMI SEMPENA DUNIA 2001 KTP UPM...
KAMI WAT PERSEMBAHAN TARIAN ZAPIN N JOGET...
UISH...bile ingat balik, memang macam agak lucu....PES TIME KOT...HEHEHE



NI PULAK GAMBO KENANGAN SEMASA MAJLIS KONVOKESYEN
KAK SARA (MY EX-RUMATE)...
SEMPAT LAGI AMBIK GAMBO...DENGAN KIPAS PEMBERIAN KAK SARA NEH...
TOMEY JER KIPAS TUH...HEHE


anne*oppps....nani...missed u babe...hehe

Thursday, April 28, 2011

laaa asthathi'......

salam alaikum jameeeaann...


laaa asthathi'...

lianna...innna...


kesibukan hari tidak menjamin tiadanya kesedihan dalam hati...

kesibukan hari tidak menjamin tiadanya kesepian diri...

kesibukan hari tidak mampu mengelakkan kerinduan datang menghampiri...

kesibukan hari tidak mampu mengusir rasa yang singgah di hati...

dan................

kesibukan hari amatlah memenatkan nafsi...






anne*shauq jiddan...


oh! kelas yang istimewa....

salam alaikum jameeean...
kaifa halukum? bikhair? alhamdulillah....;)

ri nie, ana nak story cket khibrati fil madrasah...
aduhai...makin hari makin penat...
jadi cikgu memang penat cenggni ker? (cikgu2 sila jawab...) hehe

hari ni ana banyak kelas...ana tak kisah kalau kelas direct dari pagi sampai rehat...but pliz la murid2 sekalian...
boleh tak jadi murid2 yang baek cket....wuwuwuwuu

ri ni masuk kelas 1 CEMERLANG...mak oi...
memang cikgu pun boleh jadi kanak2 RIBENA dibuatnyer...
bayangkan kelas yang LINUS n TEGAR (tak berapa nak cerdik) in dis claz...
tau x how much students in dis claz?
36 students okay? mane nak okay nyer...?
dengan budak2 TAHUN 1 yang amatlah budak2 perangai nyer...
kelas yang paling bawah pulak tu...pa la nasib kena mengajar kelas paling istimewa neh...uwwwaaaaaaaaaa...

sebelum ni student tak sampai 30 pon...
tapi lepas streaming claz...student bertambah, dekat nak 40 plak tuh...
alamak...memang cikgu fening sesangat...

mengajar kelas istimewa mcm ni bukan mudah tau...
ana kena jadi "ASAD" @ singa...bayangkan ana jadi garang segarang2 nyer...
dan jadi garang ni amatlah penat...kui3

keluar jer claz 1 CEMERLANG...ana rasa satu beban dah jatuh...
kalau tak, memang ana boleh jadi kanak2 riang dok dalam tuh...

budak2 ni, satu jer cara nak bagi dengar cakap...
kena bagi HABUAN kat dorang...so, banyak la HABUAN yang ana sediakan untuk ambik hati budak2 neh...kalau tak de habuan, pergh...sorry la nak pair attention giler2...kui3...


duuuuhhhhh....stresss3...stresss bile fikir sal kelas 1 CEMERLANG neh...

muahhahahahaaaa....

k la...t sambung len yer...nak wat asgment lu...daaaaaaaaa




anne*saya rindu awak...uwwwaaaaaaaaa....


Monday, April 25, 2011

cuit-cuit dalam kelas tasmek...

salam alaikum jameeean...

lame sangat rasanya ana tak mengupdate berita terkini ana kat sini...
ana masyghul awi (sibuk sangat)
assignment ana punyer la banyak nak kena buat
plus...keje sekolah sangat lah melambak...belom kira buku latihan nak kena semak...tapi, alhamdulillah...
ade jugak yang settle
hujung minggu ni pulak ade mesyuarat PIBG sekolah
baru ingat nak release cket minggu ni...
uwwwwwwaaaa....sadisnyer...huhuhu

I
I
I
V

ok2...nanti antum semua pun tension nak dengar ana membebel kat sini...hehe

sebenarnya, ana nak kongsi sedikit cerita hari ni...

macam biasa, sebelum balik sekolah, akan ade tasmek (guru dengar murid2 mengaji sambil Betulkan bacaan...)

so, hari ni masuk kelas 2 Cemerlang...nak dijadikan cerita, ada seorang murid ni sangat lah nakal, kacau kawan pun dia yang nombor 1, nakal dalam kelas pun dia lah jugak...

so, ana yang tasmek bacaan dia untuk minggu ni...ganti guru yang bersalin...
budak2 la katakan, bila dah ade rakan2 yang balik, mula lah tak fokus nak mengaji...
lintang pukang la plak huruf yang die sebut...
ustazah pun cakap la macam ni ;


"nazri tak boleh balik selagi tak boleh baca 3 huruf ni...aa ba ta..."


ok, dia ok lagi time tu, ikut jer la ape yg ana suruh,
punyer la baek kawan tu tolong dia ingat...
sekali, kengkawan laen dah habis ngaji, tinggal dia seorang, 
ustazah pun ckp lagi ;


"selagi nazri tak boleh kenal mana alif ba dan ta, ustazah takkan benakan balik..."


nak tau ape jadi???

die ikut ana sebut then, dengan suara yang dah macam terketar2...
hah, ape lagi, ana pun macam nak tergelak dah (jahat kan ana? heehe)
tapi, ana cover lagi dengan mulut yang dah terherot tahan gelok...hehehe

yela, murid paling nakal dalam kelas menanges bila di suruh mengaji...
dia menanges then berlari keluar kelas...terkejut eden (walaupun dalam hati ade sedikit terkilan...tapi tak per...murid2...esok kena lah dia ngn ustazah...hik3)

satu yang ana pelik sal budak2 ni...
bila dimarah bagai nak rak...die buat dun know jer...
di suruh mengaji...astagfirullah...
sampai menanges...hmmm

haish..inilah murid2 zaman sekarang...

apa2pon...ana harap nazri akan lebih bersemangat untuk mengaji...
kurangkankan kenakalan...lebihkan kerajinan...





anne*mood tensen serta merta berubah melihat telatah murid yang pebagai...hehehe




Saturday, April 9, 2011

kem bestari solat


Salam alaikum jameean...

untuk julung-julung kalinya ana nak share sedikit aktiviti sekolah yang ana sendiri kendalikan bersama-sama dengan guru-guru lain di sekolah tempat ana mengajar...=)

Kem Bestari Solat merupakan salah satu aktiviti yang wajib dijalankan sebanyak 4 kali dalam setahun...ini adalah kali pertama ana join aktiviti ni...ia adalah pengalaman pertama ana...walaupun penat, tapi...

berbaloi-baloi...hehehe

I
I
I
V

KEM BESTARI SOLAT 2011
SK GITA
1 APRIL 2011 (Jumaat)



amboi...gembira sungguh adik2 1 BIJAK kita ni nak masuk kelas yer...
blajo jangan tak blajo plop...hehe


waaa...dalam kelas da ek...ni la kelas 1 ARIF...
tengah tunggu ustazah masuk yer...???
eh, mane de, tengah baca doa tu..yela...nak blajo kan? hehe


khusyu' nyer murid-murid 1 ARIF ni mendengar teori berwudu' dari ustazah...haaa...macam tu la kalo nak pandai...



ni pulak , siap tolak-tolak ag...semangat tol...nape yek? hehe

murid-murid2 ni nak g amali berwudu' tu...teori dah lepas, so, wat praktikal la plop...hehe





aduhai murid-muridku...tak sabar-sabar nak balik yerk...
masa ni, baru lepas solat Asar...semua tak sabar nak balik da...
tak per, yang penting dah ada ilmu di dada...
jangan lupa di amalkan dah la yer murid-muridku...=)



anne*selamat beramal....=)


Gambaran Hari Kiamat


salam alaikum jameean...

hari ni...ana cuma nak kongsikan maklumat ini...ana tau...mungkin ade sahabat2 kat luar sana yang dah pernah membaca maklumat ini...namun, ana tetap ingin jugak berkongsi...

sila...kita sama2 take note ye sahabat2 sekalian...walaupun entry ini agak panjang tapi amat padat dengan info...


*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.


Gambaran Hari Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.



Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


sumber: Amar Sufi


sharing:caring:loving


anne*cuma ingin saling ingat mengingati...

SAnah HeLwah...wif BARBIE's Cake...


sanah helwah untuk my cousin

Sarah Batrisyia binti Abdullah

yang kini dah berumur 10 tahun pada

2 April 2011 yang lalu...




Majlis hari jadi yang disambut oleh ahli keluarga sahaja secara kecil-kecilan di BOMBAY SPICY Kuching...

wallah...sedap makan nasi beriani dengan pelbagai menu laen...siyes sedap...
hehe

ni dia barbie cake yang besau sangat sampai tak leh nak tutup kotak tu...
hehe

dan

sudah semestinya sangat sodap...
(hehe lagi...=p)






anne*nak cake perkahwinan 3 tingkat...leh tak? 
Dengan maksud 'I LOVE YOU'...haha


berhentilah...cukup2 lah tu...


Salam a'laikum...

laz nite, ana penat sangat...tak sedar ana tertidur dengan hp dalam genggaman tangan...fuh...punyer la penat sampai tak sedar ape yang jadik...

biler dah sedap2 ana tidur, tetibe ana terdengr lagu *speak now by taylor swift...dengan vibrating sekali daa...nak tak nak, memang terbukak juga la ainun kabeerun ni ha....rupa2 nya ade incoming call...

laaaaaa...sape pulak lah call time2 mcm ni...ana punyer lah ngntok bangat...tapi, agak nyer memang dah mind setting kot, ana teros tekan butang hijau...dengan suaranya mamai nyer ana cakap 'assalamua'laikum'...alamak...tau tak sape yang called???

sape ag? dak psycho tu lah call...opsss...jahat nyer la ana panggil dia macm tu...huhu...ok2...kte panggil dia...ermmm...ucop nak? hahaha


ucop nyer number dah tak de dalam my phonebook coz dah lame kena deleted...)

nak tak nak ana borak r jugak...haish...apa2an aja lah budak ucop tuh...dah tau in a relationship dengan orang len...xpayah r nak dok munculkan diri dengan ana lagi...nak kata ana tak dapat aura die la...ape laa...ana sebenarnyer dah tak de sedikit pun TRUST kat dia...semuanya dah tak de makna nya dah...lame dah ana bagi tau dia yang ana tak boleh nak terima dia....awat dia tak nak faham ah? huhu

ana tak reti nak cakap teros trang tang tang bab nak reject2 ni...ana bukan jenis yang sampai hati...tapi ana jenis yang tak gunakan ayat, tapi bagi ana "ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS"...tu jer ana boleh buat...

untuk ucop...pliz lah...anggap lah ana ni seorang kawan...bukan lebih dari tu...kita bertemu kerana ianya telah di tetapkan macam tu...kerana ALLAH kita bertemu dan atas kehendahNYA juga kita berpisah...juz, think positifve ya...mungkin kita hanya di takdirkan sebagai kawan mcm ni...hope si ucop paham yek...ameeeen...


kite bagi gambo ni kat ucop yek...hehe



to ucop :u made me make da decison...so, accept it ya...=p


anne*baek nyer la my 'stuntman'...hehe